Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Khamis, 31 Januari 2013

Cinta senipis kulit bawang



Cinta adalah memberikan kasih sayang bukannya rantai. Cinta juga tidak bisa dipaksakan dan datangnya pun kadang secara tidak di sengaja. Cinta indah namun kepedihan yang ditinggalkannya kadang berlangsung lebih lama dari cinta itu sendiri. Batas cinta dan benci juga amat tipis tapi dengan cinta dunia yang kita jalani serasa lebih ringan..
Benci seringlah diartikan sebagai bentuk perlawanan dari kata cinta dan juga dari kata persahabatan. Benci menurut kamus bahasa  adalah sebuah emosi yang sangat kuat melambangkan ketidaksukaan terhadap seseorang ataupun sikap antipati terhadap seseorang, hal, barang ataupun fenomena.

, perbezaan antara cinta dan benci hanyalah setipis kulit bawang. Mulut bisalah berbohong tapi apa daya hati tidak bisa berbohong, sayang masih ada tersimpan di dalam lubuk hati yang terdalam. Mulut bisa berkata benci kepada dia tetapi hati tidak bisa mengatakan benci, cuma bisa mengatakan sayang. Apakah ini yang dinamakan benci dan cinta itu yang punya perbedaan setipis kulit bawang itu.????

Bertawakallah , hanya tuhan yang punya jawaban atas pertanyaan hatimu. karna jodoh dan kematian hanya tuhan saja yang tahu, kita hanya bisa membuat rencana yang diataslah membuat dan membikin jalannya. tapi saya berdoa kepada yang diatas, bilamana dia jodohku dekatkan lah kembali kepada hambamu ini tetapi bilamana dia bukan jodoh hamba, jauhkanlah dia, buat dia bahagia dengan pilihannya tersebut, karna cinta tak selamanya harus memiliki. Sebagai perumpamaan bila kita berada di sebuah museum lukisan, kita hanya bisa melihat dan mengagumi dari jauh saja, kita tidak harus memilikinya, seperti itulah kita kita tidak harus memiliki tetapi cukup dikejauhan saja kita melihat dan mengagumi keindahan sempurna mahkluk ciptaan Allah SWT.

SALAH MENYALAH,PENYELESAIAN


ASSALAMUAILAIKUM.....
Dalam kehidupan yang penuh panca roba ini, mata kita selalu melihat pelbagai kesilapan yang dilakukan dari ramai orang dan juga diri sendiri, namun ada di antara kita sering menggunakan kata sendiri untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman pada orang lain tanpa berfikir panjang......

Adakah ia betul, atau adakah ia salah, atau sebenarnya kita mengulangi kesilapan yang sama 
Jangan sesekali kamu mengulangi kesilapan yang sama iaitu yang telah dilakukan oleh teman mahupun diri kita sendiri lakukan, cuba fikirkan, layakkah kita mengadili  mengadili kesalahan seseorang itu dengan menjatuhkan hukuman sesuka hati dan berlaku kejam kepada orang tersebut, ketahuilah sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala galanya, biarlah ALLAH sahaja yang mengadili segala galanya sebaik baiknya.....

Namun jika kita melihat ada para sahabat kita, saudara seislam dalam keadaan tidak baik, dan diperlakukan kurang sopan dan biadap, takkan kita sanggup memejam mata menutup telinga dari membantu mereka, pertahankanlah dia jika dia di pihak yang benar dan nasihatkan dia jika dia di pihak yang salah...Cuba kita fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, cuba gunakan cara yang lembut untuk berbincang dan cara yang rasional selaras dengan agama islam untuk perkara tersebut, pendek kata kaunseling....Namun jika situasi itu amat parah, rasanya baik kita menggunakan cara kekerasan setelah tiada lagi pilihan lain, ini mungkin kerana beliau atau mereka tidak mahu mengendahkan kata dan nasihat kita.....

Ketahuilah ALLAH menjadikan manusia itu bukan untuk perkara yang sia sia, melainkan tidak lain tidak bukan untuk menyembah dan beribadah kepadaNYA.....Lantas ALLAH menyempurnakan kita dengan jasad, akal , dan hati kedalam diri manusia, untuk apa?
Supaya mereka berfikir dan memahami perasaan antara satu sama lain, dan mempermudahkan kegiatan dan amalan dalam hidup mereka, bukan sebagai alat untuk meperlakukan perkara yang buruk kepada orang lain atau diri sendiri....

Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri, sesungguhnya manuisa tidak lari dari melakukan kesilapan walau sekecil kecil sehingga sebesar besar kesilapan itu....

Akhir kata, janganlah kita manusia mengadili seseorang yang melakukan kesilapan itu sesuka hati,  jangan membabi buta, selidik dulu satu persatu sebelum menjatuhkan hukuman, dan kenapa dia melakukan kesalahan tersebut, yang salah tetap salah, dan salahnya pasti dibalas dengan balasan yang setimpal, namun jika ada penyelesaian yang lebih baik dari bertengkar daan bergaduh, ia lebih bagus bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini......
Jadikan jasad dan akal sebagai perisai,

Ilmu dan agama sebagai panduan,
Insyallah setiap perkara akan bermula,
Dengan baik dan berakhir dengan baik.....



WASSALAM

Khamis, 24 Januari 2013

Cendol Durian Borhan


Salam...ketemu lagi..nth kenapa dlm minggu ni ak asyik promote tntang makanan jer...almaklumlah badan tgh nk membesar ni..hu hu..ha ini ak nk memperkenalkan pulak cendol durian .

Ak ni mmg suka makan...tambahan pula lalui kekpg ku byk kedai2 makan yg menarik..klo ak blik kpg..mesti singgah makan cendol durian ni kt Tanjung karang...klo nk tau die berdekatan dgn Hospital Tanjung Karang..memang sedap lah..terasa nikmat cendol dn durian nya...klo my ddy ak lg la...klo tak 2mgkuk tak sah..


Ha ni la die gambaran gerai yg ak cite kan ni...ramaikan pengunjungnya..klo lmbat dh abih..gerai ni ttp kol 7.00pm..sng jer nk cari klo menghala ke sg besar ia sebelah kanan..selalunya ak singgah ketika balik ke kl..





Ni la die cendol durian tu..sedapkan..nyummy nyummy..selain dr cendol dn durian..ada gak campuran bahan lain cm..kacang merah dn jagung...
rasanya pun seimbang..tak terlampau manis dn lemak..ckp la klo aku katakan sesedap rasa..meh la  singgah..menikmatinya..

ok la setakat ini..lain kali ak cite lg makanan lain lak yer..
papai..

Isnin, 14 Januari 2013

Sekin Resort



Sekin Hotel & Resort

 Berehat di Sekin Resort. Lokasinya Kampung Nelayan Sekinchan. Ownernya sama dengan owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dalam Resort ni pun ada restoran tu.. makan memang puas hati. Resort ni baru beroperasi 2 bulan. Dia ada keluar Kosmo. Tu yang boleh tau tu.. Sapa kaki pancing boleh la try.. sebab ada kolam pancing yang penuh dgn ikan talapia merah & baung (kalau tak silap).. ikan yang di pancing tak tau la pulak leh dimasak kt situ atau tidak.
Menara Tinjau

Kalau tgk sekeliling resort ni mmg agak tak teratur. sebab byk lg blok & bilik masih dlm pembinaan. surau, swimming pool, pusat spa, dewan, tempat jet ski semua masih dlm pembinaan.. so, next 1-2 years kena mai lagi la.. mcm best ja.. kat belakang resort ada pantai.. kat situ la nanti akan ada jet ski & spa. Menara pun ada. Boleh naik ambil gambar. :)



Bilik2 Sekin Resort
Salah satu tarikan resort ni restoran ikan bakarnya.. orang luar pun ramai yg datang mkn kat situ.. Dia buka dari pagi hingga 12 mlm.. Biasanya kita akan mkn mlm je kalau restoran ikan bakar lain.. tapi kat sini kita boleh mkn ikan bakar dari pagi sampai mlm. Pilih ikan & order je. ikan tu selain bakar, 3 rasa, goreng tepung, kita juga boleh order masak kari, gulai lemak, lemak cili api dll.. Menu lunch kami : kari sembilang + kailan ikan masin + sup sayur. dinner pulak : kerapu 3 rasa + ikan bakar + sotong grg tepung.. marvelous!

Satay Hut Tanjong Karang

satay hut



kedai satay hut ni terletak di tanjung karang,selangor,dekat dgn Hospital Tanjong Karang,spe2 yg lalu kt sini..cubalah rasa satay ni..satay ada 2 saiz ,yg besar rm 1.30 
dan yg saiz kecil rm 0.70 sen jer..



Kebetulan akhir bulan lepas..ak gn my ddy dn along..blik kpg..so dlm kelaparan aku singgahlah kt satay hut ni..yg kelakarnya my ddy order satay yg besar sampai 40 cucuk..gelak si pengambil order...die kata...sataynya besar..nt xhabis..
so kami pun tukar lah 30 jer..ddy aku ni mmg ske order lebih2...
nak tau..makan 5 cucuk dh kenyang giller..leh taha la juga rasanya...cm rasa ayam percik pun ad...bg aku klo sesekali nk ubh cite rasa satay bleh la..tp klo nk mkn selalu..mb x kot..coz sataynya byk isi.kurang lemak..agak kers sikit..
kami mkn pun xhabis..so balance nya bungkus ajer..
walau apa pun bagi aku.satay kt beranang tu juga sedap diselera aku...
bagi yg ingin merasa kelainan satay blehla cuba...


Ahad, 13 Januari 2013

Isi hati seorang wanita


Isi hati wanita


Memang sukar lelaki untuk mengetahui isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan kadang-kadang sukar untuk diteka. Kadang-kadang hari ini pilih A tapi esok boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya :
1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang berdiam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap buat-buat tak layan seolah-olah tidak berminat,tetapi sebenarnya dia akan menjerit kegembiraan dan tak sampai sepuluh minit,semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan bertanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,bacalah buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat gambar bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas kekasihnya akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengurat kawan mereka yang paling cantik.
25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise kepadanya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s :Semasa jalan2 kat sesawang tenet terjumpalah benda ni kat blog . Diharap dengan adanya rahsia yang telah didedahkan ni lebih banyak la lelaki yang bergelar suami atau yang nak jadi bakal suami atau yang baru nak memikat wanita yang dicintai akan lebey memahami apa yang diinginkan oleh seseorang wanita. SERIUS kalau diamalkan InsyaAllah bahagia rumahtangga. Lepas ni cari lak rahsia lelaki yang wanita tak tahu.

Terbukti kini,nk undi apa??

Nak undi apa?

assallammualaikum...
selamat berhari minggu....ptg ni aku ingin ceritakan apa yg aku nmpk semalam ketika aku melalui perkarangan dataran rinching di tesco semenyih...nk tau kenapa?
herm..apalagi PM dtg mnjenguk ke kmpong ak...nk berkempen la katakan..nk meraih undi untuk BN...nthla aku pun xfhm gn politik malaysia ni..nk tulis lebih2 xbleh...nt kne siasat lak...tgu dn lihat jer la...biarlah ap yg berlaku..ni atas tafsiran ak sendiri jer...
cuma aku dpt menyaksikan sndiri ap yg berlaku...krn sebelum ni ak cma dgr cerita dr berita aje...xnmpk dgn mata kepala sndiri..kini..ak sndiri dh nmpk..
opppsss...cukup smpy disini..nt kne gam UHU lak blog aku ni...??

Jumaat, 11 Januari 2013

Binggung...??




salam jumaat buat smua blogger...dh lme ak tak mencoretkan bicara disini...herm..tension aku ni...sbb xdpt buat template versi yg baru...cm fade-up pun ada..tp keinginan ak ttp ada...hermm cmnila  klo dh tua2 bru nk buat blog...mengalahkan org muda..sedar diri la pulak..

Dh mcm2 ak cbe..tp masih xfhm lg..lmbab sungguh...xper...ak akn trus mncuba hngga berjaya..

Sabtu, 5 Januari 2013

Kepastian yg kita lalui

meniti hari berlalu

Syurga yang dijanjikan... Neraka yang tercipta

Syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan,
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi,
Neraka yang tercipta menghimpun azab derita.
Tangisan kesengsaraan insan.

Syurga adalah kelazatan..Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan,Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya...



Sayang ibu ku dah tiada..Al Fatihah buatnya..

ma....kita nak mata mcm mama...


Bila pandang wajah ibu kita kala tiada perkara lain dilakukan, hati tentu rasa sesuatu. Biarpun wajah itu sudah berkedut dimamah usia, pada kita yang sudah semakin dewasa kala wajah itu nampak semakin tua, pasti akan timbul satu rasa dalam hati yang sukar digambarkan.

Tenang, sebak, terharu, sayang, berkumpul menjadi satu.

Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda yang meletakkan tempat ibu tinggi sedikit dari tempat ayah sebanyak tiga kali. Namun tetap keduanya wajib dihormati dan dihargai selayaknya. Kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, kemudian menyusukan dan membesarkan kita dengan pelbagai didikan hingga jadinya kita yang sekarang, begitu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ibu. Subhanallah.

Bila melihat ibu sendiri (yang berjaya menjadi ibu mithali), tentu dalam hati anak-anak gadis terdetik satu perasaan ingin menjadi seperti ibu. Malah terdetik juga persoalan sama ada mampu atau tidak menjadi seperti ibu yang begitu kuat dan tabah. Kalau sekarang ini masih belum nampak akan jadi seperti ibu, tetap juga ditanam dalam hati mahu jadi seperti ibu satu hari nanti.

Memandang wajah ibu bapa sahaja sudah menambah pahala, apatah lagi jika berbuat baik dengan mereka. Seboleh-bolehnya tidak mahu sekalipun hati dan rasa mereka terguris dengan apa-apa sahaja tindakan luar kawalan akibat jiwa yang dikuasai nafsu mahupun amarah. Jika itu berlaku, tanpa ada rasa untuk memohon keampunan, tunggulah balasan dari Yang Maha Berkuasa.

Moga kita semua dijauhkan dari label anak derhaka oleh penghuni langit.

sepi seorang perindu..???




salam..
ketemu lagi..di sni...coretan rindu ku..

Andai aku biar jemari ini terus menatih....pasti akan terbongkar semua kisah kehidupan..kehidupan yang tak mungkin aku rungkaikan dgn kata2....namun, aku biarkan jua semuanya terbuku dihati...biarlah apa yang aku rasa pada ketika ini aku simpan..biar dia dan aku yang tahu apa yang sedang berlaku...Ya Allah...kenapa rindu dihati ini makin hari makin menebal...??

Aku tak pasti dgn apa yang berlaku...salahkah insan seperti aku ingin rasa disayangi? salahkah insan seperti aku ingin dibelai?? aku jua seperti insan2 yang lain..punya hati dan perasaan ..adakah aku seorg yang merasa apa yang aku rasa ketika ini..atau dirinya turut merasa???

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti ...

Khamis, 3 Januari 2013

Doa ibu utk anak2 yg bakal menghadapi exam..


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 
.

1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
 .

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

.

5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

.

6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

.

7.  Membaca Selawat (10 kali)

.

8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

.

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)

.
10.  Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anakmenjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
 .
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

happy birthday my ddy...



assallamualaikum...hari ini 3 january...hari lahir my ddy...ini ucapan buat mu ...
"Ya ALLAH...sesungguhnya kehidupan di dunia ini ibarat kerdipan mata,terlalu singkat jika dibandingkan dgn akhirat yg kekal,mohon pada MU TUHAN,jgn kau lekakan ak dgn keindahan dunia yg sementara ini.

"Selamat Hari Lahir Buat Suami...

Insan yg penuh dgn kasih sayang...
Aku bersyukur krn diberikan ak masa utk mengenali erti kasih sayang insan yg bergelar suami.Termakasih diatas segala pengorbanan dn memberikan ak masa utk mengenali dn bersama mu hingga saat ini...

Doa ku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sntiasa dirahmati dn dilindungi TUHAN.

Buat mu suami tercinta,semuga hidup mu diberkati ALLAH.dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki yang diberkati dn diberikan kesihatan yg baik utk sama2 melakukan ibadah dn menikmati dunia ini.."