Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu
Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2013

Cuba renungkan..sayang anak atau .....




Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...



Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.

siapa pilihan anda??

Photo: Saya Nak Pilih Pemimpin :
- Cintakan Islam
- Nak Amalkan islam 
 Tak tolak hukum Islam 
- Sokong Agenda Islam 
- Amanah Duit Rakyat 
- Boleh Bekerjasama Dengan Islam 
- Maju Ke Depan Bersama Islam 

Anda Bagaimana ? 

"Kalau cari Imam pun nak yang soleh.. Tak pemimpin tak yang soleh"

Kredit :Muhammad Rusydi



Saya Nak Pilih Pemimpin :
- Cintakan Islam
- Nak Amalkan islam 
Tak tolak hukum Islam 
- Sokong Agenda Islam 
- Amanah Duit Rakyat 
- Boleh Bekerjasama Dengan Islam
- Maju Ke Depan Bersama Islam

Anda Bagaimana ?

"Kalau cari Imam pun nak yang soleh.. Tak pemimpin tak yang soleh"

Jumaat, 29 Mac 2013

Masih ada waktu..jom cepat lakukan.



Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....    

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuat ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup behenti kerja utk menjaga ibunya....
dan akhir sekali, berapa ramai yg sembahyang JENAZAH ibunya..... 

Berbicara tentang ibu, subhanaAllah, hebatnya pengorbananmu ibu.  Tidak mampu kungkap dengan kata-kata. Begitulah seorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.
Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.

Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,

Bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?
Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?
Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?
Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?
Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?
Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?
Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?

Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!

(Apakata... selepas membaca  di blog ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika waktu masih mengizinkan untuk itu...)

Rindu ibu??



Apabila mata ibu mu telah tertutup maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu DOA SEORANG IBU....
Pepatah ada mengatakan bila berada didepan mata kita sering abaikan..seolah olah tidak ujud dlm kehidupan kita...bila hilang dipandang mata baru terasa akan satu kehilangan...yg tak mungkin dpt kembali...ibu satu-satunya insan yg tiada bandingannya dalam dunia ini...betapa besarnya mertabat seorang ibu...sehinggakan syurga dibawah telapak kaki ibu..perumpamaan..
Ketika awal dlm kandungan ibu dpt merasakan betapa nikmatnya ciptaan Tuhan...
Kini anak2 sibuk berurusan dalam mncari rezeki..hinggakan ada yg terlupa seorang ibu tua menanti khabar berita anak2yg teramat dirinduinya...kasih sayang seorg ibu xkn pernah terpadam walaupun ada jurang pemisahnya..
Memang bertuah bg anak2 yg masih mempunyai ibu...tapi itulah yg peliknya,ada setengah sikap anak yg tidak ambil peduli tntang ibunya..hubungan dihujung jari pun sukar sekali untuk mengambil tahu perkhabaran ibu...si ibu sentiasa menanti deringan talipon..drp ank2nya...terfikirkah anak2.persoalan ini?sihat kah ibu?sudah makan kah ibu?apa ibu buat sekarang?
bagaimana kehidupan ibu lalui seharian?entahlah...ibu sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak2...tp adakah anak2 sempat berdoa utk kedua org tuanya??Persengketaan atau perselisehan pendapat memang sering berlaku..antara ibu dn anak,suami isteri dn adik beradik...tapi harus diingat..air yg dicincang tidak akan putus...hubungan tetap tiada noktahnya..walau apa pun darjat seorang ibu tetap ibu..tiada galang gantinya..tanpa ibu siapalah anak2..seorang ibu sentiasa menanti perkhabaran anak2nya...jangan sampai suatu hari nanti hati ibu yg dilukai akan tertutup hatinya untuk mengambil tahu tentang anak2nya.Jangan sampai kain putih menyelubungi jasad ibu..dan lidah ibu dah kelu utk berkata2..tiada lagi kedengaran leteran ibu...ketika itu penyesalan dah tiada berguna lagi...

jaga kata-kata..



salam jumaat..dh lama aku tak meluahkan apa yg tersurat dn tersirat dlm hati aku ni..
fitrah dan kata hati manusia sukar utk difahami dn memahami.aku ni tak lah baik sgt ..tp yg aku tak faham ada insan yg ssuka memperkecilkan aku..senang cakap memperbodohkan aku...terasa aku ni dimain2kan dgn kata-kata.entah ya atau tidak...sbb aku dh sering kali dikelentong...xfaham sungguh aku...jenis manusia apa kah ini...mmg betul aku ni seorang surirumah tangga sepenuh masa...yg mungkin dipandangan mata org lain aku ni dungu...eh eh,,kasar lak bahasa aku ni.sbb itu lah die suka mempermainkan aku..aku ni pun satu..jenis manusia yg tidak suka membantah atau bertelagah..aku lebih suka mengiakan saja..walaupun aku tau apa yg disampaikan kat aku helah belaka..nth malas aku nk layan org cmtu..lebih baik aku setujukan je apa yg dibicarakan...tak la aku dgr die membebel pnjg lg..
herm..sampai bilakah aku harus melayan kerenahnya spt ini..percaya jelah...bagi aku die menipu diri die sendiri..kat aku xterjejas apa2 pun...nak tipu ke or nak cakap betul ke..lantak la situ..aku perduli apa..xrugi apa2 pun...bunyi cm marah jer aku ni..tp xlah..sje nak meluahkan isi hati..kenapa dah meningkat usia pun perangai masih lagi cm ni..bila la die nk berubah...in shaa Allah suatu hari nanti.

Jumaat, 15 Mac 2013

Buat puteri ku nana dn eyqin





Anak ku ...
Jika waktuku utk bernafas hanya tinggal setahun ...
Aku akan mengingatkanmu untuk menundukkan kepala
dan sujud kepada_NYA ... tanpa satupun khilaf ...
Aku akan mengantarkanmu disetiap gerbang hidup
yang kan kau lalui ...

Jika waktuku tinggal sebulan untuk mendampingimu
malangkah lalui hari demi hari ...
Aku akan isi setiap jam untukmu ... Cerita tentang cinta
yang tak berbatas alam ini ...

Taukah kau anakku ...
Bahwa hidup ini adalah buah cinta
yang tak dapat digantikan oleh apapun
kecuali cinta itu sendiri ...

Jika waktuku tinggal satu jam saja bersamamu ...
Aku akan ceritakan padamu tentang kematian itu
Aku akan ceritakan tentang tidur panjang yang indah itu
Bila kita menorehnya dengan kasih sayang ...
Bila kita ada dan berguna bagi yang lain ...
Bila kita hidup dan ingat pada kematian itu...
Bila kita selalu meminta dan bersyukur ...
pada yang menjaga hidup dan kematian itu ...

Bila waktuku tiba ...
Anakku ... Camkan apa yang telah kukalungkan dihatimu ...
Agar kau tau bahwa hidup ini indah
Jika kau melukisnya dengan doa ...

Kitakah isteri yg dicari???




Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.

Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..

Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P

[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]

Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu…

Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.

Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…

Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?
Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan seorang suami itu- ‘orang agama atau orang biasa’ - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.



Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].

Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Khamis, 14 Mac 2013

yee mee goreng



morning...wah speaking lak pg2 ni..assallammualaikum..
arini cam agak boring...so aku pun capai lp aku...nk cite hal breakfast pagi ni...hermmm..pg ni aku teringin nk mkn yee mee goreng..aku lg suka yee mee drp mee kuning coz xde rasa kapur dn cm liat2 sikit.ala senang jer..msk cmner nk wt mee goreng tu..xyah la bg resepi..bdk2 pun leh buat...ha ha...
klo xtau nk mkn apa try la msk...pasti enak.

Jumaat, 1 Februari 2013

kenapa nak ikut hati??



Pernah dengar atau baca kat mana-mana? Mesti pernah kan, sejak dari bangku sekolah lagi kita diajar macam tu. Cikgu-cikgu kita akan dedahkan kita dengan macam-macam peribahasa yang ade macam-macam maksud.

Nape kalau ikut hati mati? Sebab hati kita ni kadang-kadang dikuasai nafsu. Ape yang akan dipengaruhi bila ikut hati? Keputusan yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan kalau keputusan tu keputusan yang sangat penting, melibatkan masa depan kita pulak, kalau kita buat ikut hati, tanpa fikirkan guna akal, bayangkan penghujungnya nanti macam mana pulak~

Perempuan.

Kenapa kalau masa uzur suka ikut hati? Ops, takleh eh bincang kat sini? Boleh je kan? Panduan untuk semua, tak kira yang baca ni perempuan atau lelaki. Orang kata, perempuan kalau masa uzur sangat sensitif, kadang-kadang rasa nak mengamuk aje, tengok benda tak betul sikit rasa cam nak melenting, lepas tu menangis sorang-sorang. Tapi ade tak yang fikir, nape lah nak marah sangat sampai camtu sekali, takde maknanyeee... 

Kadang-kadang masa tu lah nak kene putuskan sesuatu. Dengan hati yang tengah kacau-bilau tu, jaga-jagalah dengan keputusan yang tak masuk akal, sebab bila da ok nanti mesti rasa menyesal, lepas tu da takleh patah balik. Malu sendiri.

Jadi tak kira perempuan atau lelaki, masa uzur atau tak uzur, jangan buat keputusan ikut hati, tapi tanyalah iman dalam dada!

Khamis, 31 Januari 2013

Cinta senipis kulit bawang



Cinta adalah memberikan kasih sayang bukannya rantai. Cinta juga tidak bisa dipaksakan dan datangnya pun kadang secara tidak di sengaja. Cinta indah namun kepedihan yang ditinggalkannya kadang berlangsung lebih lama dari cinta itu sendiri. Batas cinta dan benci juga amat tipis tapi dengan cinta dunia yang kita jalani serasa lebih ringan..
Benci seringlah diartikan sebagai bentuk perlawanan dari kata cinta dan juga dari kata persahabatan. Benci menurut kamus bahasa  adalah sebuah emosi yang sangat kuat melambangkan ketidaksukaan terhadap seseorang ataupun sikap antipati terhadap seseorang, hal, barang ataupun fenomena.

, perbezaan antara cinta dan benci hanyalah setipis kulit bawang. Mulut bisalah berbohong tapi apa daya hati tidak bisa berbohong, sayang masih ada tersimpan di dalam lubuk hati yang terdalam. Mulut bisa berkata benci kepada dia tetapi hati tidak bisa mengatakan benci, cuma bisa mengatakan sayang. Apakah ini yang dinamakan benci dan cinta itu yang punya perbedaan setipis kulit bawang itu.????

Bertawakallah , hanya tuhan yang punya jawaban atas pertanyaan hatimu. karna jodoh dan kematian hanya tuhan saja yang tahu, kita hanya bisa membuat rencana yang diataslah membuat dan membikin jalannya. tapi saya berdoa kepada yang diatas, bilamana dia jodohku dekatkan lah kembali kepada hambamu ini tetapi bilamana dia bukan jodoh hamba, jauhkanlah dia, buat dia bahagia dengan pilihannya tersebut, karna cinta tak selamanya harus memiliki. Sebagai perumpamaan bila kita berada di sebuah museum lukisan, kita hanya bisa melihat dan mengagumi dari jauh saja, kita tidak harus memilikinya, seperti itulah kita kita tidak harus memiliki tetapi cukup dikejauhan saja kita melihat dan mengagumi keindahan sempurna mahkluk ciptaan Allah SWT.

SALAH MENYALAH,PENYELESAIAN


ASSALAMUAILAIKUM.....
Dalam kehidupan yang penuh panca roba ini, mata kita selalu melihat pelbagai kesilapan yang dilakukan dari ramai orang dan juga diri sendiri, namun ada di antara kita sering menggunakan kata sendiri untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman pada orang lain tanpa berfikir panjang......

Adakah ia betul, atau adakah ia salah, atau sebenarnya kita mengulangi kesilapan yang sama 
Jangan sesekali kamu mengulangi kesilapan yang sama iaitu yang telah dilakukan oleh teman mahupun diri kita sendiri lakukan, cuba fikirkan, layakkah kita mengadili  mengadili kesalahan seseorang itu dengan menjatuhkan hukuman sesuka hati dan berlaku kejam kepada orang tersebut, ketahuilah sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala galanya, biarlah ALLAH sahaja yang mengadili segala galanya sebaik baiknya.....

Namun jika kita melihat ada para sahabat kita, saudara seislam dalam keadaan tidak baik, dan diperlakukan kurang sopan dan biadap, takkan kita sanggup memejam mata menutup telinga dari membantu mereka, pertahankanlah dia jika dia di pihak yang benar dan nasihatkan dia jika dia di pihak yang salah...Cuba kita fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, cuba gunakan cara yang lembut untuk berbincang dan cara yang rasional selaras dengan agama islam untuk perkara tersebut, pendek kata kaunseling....Namun jika situasi itu amat parah, rasanya baik kita menggunakan cara kekerasan setelah tiada lagi pilihan lain, ini mungkin kerana beliau atau mereka tidak mahu mengendahkan kata dan nasihat kita.....

Ketahuilah ALLAH menjadikan manusia itu bukan untuk perkara yang sia sia, melainkan tidak lain tidak bukan untuk menyembah dan beribadah kepadaNYA.....Lantas ALLAH menyempurnakan kita dengan jasad, akal , dan hati kedalam diri manusia, untuk apa?
Supaya mereka berfikir dan memahami perasaan antara satu sama lain, dan mempermudahkan kegiatan dan amalan dalam hidup mereka, bukan sebagai alat untuk meperlakukan perkara yang buruk kepada orang lain atau diri sendiri....

Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri, sesungguhnya manuisa tidak lari dari melakukan kesilapan walau sekecil kecil sehingga sebesar besar kesilapan itu....

Akhir kata, janganlah kita manusia mengadili seseorang yang melakukan kesilapan itu sesuka hati,  jangan membabi buta, selidik dulu satu persatu sebelum menjatuhkan hukuman, dan kenapa dia melakukan kesalahan tersebut, yang salah tetap salah, dan salahnya pasti dibalas dengan balasan yang setimpal, namun jika ada penyelesaian yang lebih baik dari bertengkar daan bergaduh, ia lebih bagus bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini......
Jadikan jasad dan akal sebagai perisai,

Ilmu dan agama sebagai panduan,
Insyallah setiap perkara akan bermula,
Dengan baik dan berakhir dengan baik.....



WASSALAM