Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Jumaat, 15 Mac 2013

Rumahtangga kita di fasa mana?





25 tahun usia perkahwinan aku, banyak yang telah aku pelajari tentang erti pernikahan dan jauh lebih banyak lagi yang perlu dipelajari.

aku memahami bahawa setiap perkahwinan itu mempunyai fasa-fasa yang akan ditempuh. Pasangan dan rumahtangga yang nampak bahagia dan ‘sweet’ selalu, bukanlah tidak ada ribut taufan di sebaliknya. Pasangan yang kelihatan seringkali bertengkar juga bukannya tidak melalui tempoh-tempoh aman dan kemanisan.

Ketenangan dan kesulitan itu sungguh silih berganti mendatangi, dalam kehidupan, begitu juga dalam perkahwinan.

Andai kita berusaha memahami perjalanan peta sebuah perkahwinan, kita insyaALLAH mampu menangani konflik dengan matang.

Andai kita berusaha memahami rahmah wa mawaddah yang ALLAH sediakan dalam perkahwinan, pasti kita jadikan tempoh manis pernikahan sebagai pendorong untuk kesyukuran yang mendalam.

Tiada ulasan: