Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu
Memaparkan catatan dengan label desert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label desert. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mac 2013

Puding roti marble coklat



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.

Khamis, 20 September 2012

Apam tepung beras

ha..ini kueh org dulu2..or untuk org yg dh xde  gigi..budak2 budak pun suka kuih ni..leh la cuba buat..coz xyah nk guna tapai...kdg2 ada org allergik ble mkn tapai...jom cuba


Bahan-bahan:- 

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan garam

Isnin, 17 September 2012

Puding Trifle

salam...ketemu lg dlm bicara selera hari ini...akhirnya aku berjay a mendapatkan resepi puding ni..enak sungguh  rasanya...aritu pg open house umh member dia bagi hadiah utk bwe balik..nk tanya resepi segan..coz die ni lain macam sikit...hsband aku suka pulak tu mkn desert ni...arrgg..tak sabar nak cuba buat...
Puding Trifle

Bahan

Swiss roll

1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Quote:

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga


Jumaat, 14 September 2012

puding roti karamel

puding roti karamel
assallammualaikum...cuba tgk pic kt atas tu..nyummy...nyummy...petang semalam aku try buat puding ni...untuk berbuka puasa..alhamdulillah jadi...ok lah..resepinya cam sama gn puding telur karamel,cuma ditambah roti dan kurangkan telur...
thanks kat @Kak nor secubit garam..resepi ni amek dari die... hsband aku pun suka makannya...