Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mei 2013

cheese cake kukus





~~cheese cake~~Versi kukus...
resepi cheese kek.

1buku butter cup- 250g
150g gula kastor
4 biji telur
250g tepung bluekey ayak 3x- tepung naik sendiri..
4 sudu sunquick
200ml susu segar
5keping cheesedel

   

CARA
1.pukul butter ngan gula hingga kembang
2.cairkan cheesedel ngan susu segar dgn api perlahan dan ketepikan
3.masukkan tepung pukul selang seli ngan telur dlm adunan butter dan gula tadi.
4.masuk 4 sudu sunquick kacau rata- nak rasa lebih sedap dan kurangkan rasa muak kek bila di makan....
5.masukkan susu segar yg dicairkan ngan cheesedel pukul perlahan biar sebati
6.masukkan adunan dlm loyang yg dah disapu ngan butter tutup ngan alumunium foil
7.masukkan dlm pengukus yg dah dipanaskan terlebih dahulu
8.kukus 1 jam setengah 

resepi ni copy paste dari blog sentuhan rasa kasih mama..tq

Jumaat, 3 Mei 2013

kek lapis kukus cream cheese



BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum
Cara-cara
  1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Selasa, 13 November 2012

ini pasti sedap..kek choc moist

salam...happy deepavali wt kwn2 india...semingg ni aku cuti...mmg relax habis...petang semalam dalam kebosanan aku mncuba resepi kek coklat moist...resepi ni mmg antara yg terbaik pernah aku cuba..buatnya mudah jer...aku tak kan cari resepi kek coklat lain lg...mmg inilah die...cbe lak buat ...confirm jadi...tak tipu..aku ni tak la suka sgt kek coklat ni...tp ank dara aku ni...suka sgt angkut kek coklat dr kedai...
bahan2....

bahan A
1 cawan gula 
1 cawan serbk koko
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1/2 cawan milo
*kacau semua bahan hingga sebati...masukan bahan B dn kukus 

bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
(ayak bersama)

Topping 
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
(kacau hingga likat dn tuang terus atas kek...mmg sedap ,tak perlu cooking choc..)simpn dlm peti sejuk...nyummy2
kek coklat moist 

Jumaat, 9 November 2012

kek coklat kukus mudah

salam...ha cbe tgk  ni...teliur tak?nyummy2....aku ni kne sbuk mncuba berbagai2 menu kek coklat...nk tau tak kenapa...anak dara aku ni suka sgt membeli kek coklat...mcm2 tapau yg die bwe balik...apalg aku tukang telan jer...resepi ni menarik coz...ad cmpuran milo..so tak pahit la..jom cuba buat..mudah jer..
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Selamat mencuba

Jumaat, 12 Oktober 2012

hidangan arini..

assallammualaikum....hai lamanya dh tak brentry kt sini...2minggu demam ,batuk n selsema...rindu kt blog sy ni...arini sy nk cte apa yer....oopppsss ..arini aku tak tau nk msk apa...aku buat sambal and then aku sumbat kt ikan cencaru...cukuplah aku bakar 2ekor dulu,untuk aku dgn anis dn fahmi...alin pun suka gak gn ikn sumbat ni...tp tekak aku ni teringin lak nk mkn tomyam campur dr kedai...klo nk tau aku ni jarang mkn tomyam kt kedai..bsenya aku wt sendiri jer..tp tekak ni mcm terasa-rasa nk tomyam kedai lak..ngada-ngada btul la...xpe ptg kang aku order...ha ni hidangan aku untuk lunch arini...
  
ha ni die,,,terliur tak tengok...
                                                                              




Selasa, 18 September 2012

bergedil ayam...menu hari ini

salam..ketemu lagi...pening nk msk apa hari ini...yang mama tau nk buat bergedil ayam...sian member alng ...siap order lg...nk mkn bergedil...xpe...mama mmg rajin msk...ha tgk bergedil ni...terliur tak????eeeeeeeeair liur smpy meleleh kt lab kot tu.....
ha ni lah die bergedil ayam special untuk along,sara ,mira....pd yg tak disebut nama maaf yer..hantam jer ni...hu hu
tapi xkan nak mkn bergedil gn nasi jer...eh lupa lak nk share resepi..
4 biji kentang direbus hingga lembut
1 labu bawang besar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
isi ayam dicincang halus
sedikit garam dan lada putih
cara...
lenyek semua bahan dan dikepal seperti diatas..
celopkan adunan dlm telur
dan goreng...



Jumaat, 14 September 2012

puding coklat


assallamualaikum....hish...sedap sungguh nmpaknya puding ni...cubalah buat..mesti hb gn ank2 aku suka..
Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 1/2  cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

Sos Kastard selepas dimasak. Sedaappp!

kek coklat kukus tanpa telur

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
by : DayangJack@DapurKu SaYang



bahan A :
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
bahan B :
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
  • 2 cawan susu cair/susu segar
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
  • 1/4 sudu kecil atau secubit garam
bahan C :
  • 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya. 
  2. Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  4. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
  6. Tutupkan loyang dengan kertas foil.
  7. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  8. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
  9. Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
  • kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
  • kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
  • kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.