Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Khamis, 5 Julai 2012

RAMLI SARIP - Lagu Untuk Teman

Tolong ingatkan aku..







Tolong ingatkan saya andai saya terlupakan Tuhan,
Tolong ingatkan saya agar saya tidak menjadi anak derhaka,
Tolong ingatkan saya agar tidak lupa pesan guru,
Tolong ingatkan saya tentang aurat andainya terdedah bila saya terleka,
Tolong ingatkan saya agar sentiasa membaca al-Quran tatkala saya asyik dengan media hiburan,
Tolong ingatkan pegangan agamaku tatkala saya seronok dengan dunia,
Tolong ingatkan saya agar bercinta kerana Nya,
Tolong ingatkan saya bahawa diri ini adalah milik Yang Maha Kuasa

bingkisan doa


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKu

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU. 

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU. 

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU 

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU. 

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

amalan bulan sya'ban



Amalan bulan sya’ban

Amalan bulan sya’ban 
1-     Tegakkan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam pada malam 1 sya’ban. Dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah fatihah surah al-ikhlas 5 kali. Semoga diampunkan dosa-dosa kita.
2-     Berpuasa 3 hari awal,3 hari pertengahan dan 3 hari akhir pada bulan sya’ban. Allah mencatitkan pahala 70 nabi. Diwaktu hampir berbuaka puasa hendaklah memperbanyakan selawat dan zikir.
3-     Tunaikan solat-solat sunat,berpuasa,membaca al-quran,berzikir,bertasbih,berselawat,beristigfar dan memohon keampunan dua ibubapa tiap-tiap hari.
4-     Pada malam nisfu sya’ban (malam 15 sya’ban) hendaklah beribadat pada malamnya dan berpuasa pada siangnya. Laksanakan pada malam nisfu syaa’ban iaitu. : sesudah solat fardhu maghrib dan sunat ba’diahnya, bacalah surah yasin 3 kali.Pada bacaan y ang pertama niatkan untuk memohon panjang umur daalam kesihatan yang baik dan kuat beribadat dalam mentaati Allah. Pada bacaan ke-2 niatkan untuk memohon dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati. Pada bacaan ke-3 pohon tetapkan iman dan pohon matikan dalam iman (husnulkhatimah) serta mohon jauhkan dari bala. Ubah suai dari Sumber Masjid Jamek Pekan  Kajang

kata-kata indah


  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

13/6/2012-16/6/2012 arwana perhentian

 pintu utama @ARWANA..
 swimming poolnya best gak utk yg tak tau berenang cm aku..huhu   coral yg unik dn cantik
percutian yg indah bersama ISC GROUP
indah sungguh ciptaan TUHAN....aku yg takut dgn air...dipaksa juga untuk belajar snorkling...klo tak pandai juga...semua org kata rugi...dh la pergi percuma...maka terpaksa juga gagah kan diri dn kuat kan semangat utk mencuba...akhirnya aku berjaya juga.terima kasih kpd tenaga pengajar dn suamiku yg tak jemu2 membawaku didlm air..dn pemberi semangat anak ku...yg sedihnya adek tak dpt ikut coz die kt labuan...tgh final exam...xpe..lain kali kita pegi yer dik...jgn cedih2...

memori cinta terakhir...

salam..bertemu kembali ...dh lama rasanya tidak bertemu diruangan cinta ni....otak pun dh beku nk mengimbas kmbali sejarah silam...nk dijadikan cerita..parang yg tumpul ni klo diasah lme2 akn tajam juga jd nya.begitulah juga hatiku yg kebal utk si amir ni....
pertemuan demi pertemuan ku dn dia....akhirnya timbul pula rasa syg dn rindu...inilah klo dh pompuan..hati lembut bak kerak nasi...dirmdam lembut jd nya...hubungan ku dgn amir mula renggang..apatah lg dia juga mempunyai seorg kakak angkat yg sering menemankan amir keluar or menonton wayang...setiap kali dia call aku..dia msti bgtau dia dgn kakak angkatnya...jelez je aku..tp aku heran apa...sahabat ku yg baru pun pndai juga mengambil hati ku...aku pu rasa cam dh jatuh cinta padanya.
hari demi hari berlalu...hubungan kami semakin akrab...hingga terluah kata2 sayang dr bicaranya...yg amat mengejutkan aku dia mengajak ku balik kpg utk jumpa keluarganya...bermula saat ini aku dpt rasakan bhwa mungkin dia adalah jodoh ku...aku mula terfikir untuk berpisah dgn amir...apakah ini jln yg terbaik buat ku....aku juga harus memikirkan masa depan ku...keluarga ku juga sibuk menyuruh aku kawin cepat..ternyata keputusan yg ku ambil tepat....aku tinggalkan kenangan silam pergi berlalu dibawa angin lalu...kini amir tinggal kenangan ....dan aku bahagia bersama si dia hingga kini yg bergelar suami..dn kini aku memiliki 2org puteri yg dh meningkat remaja....
berakhir sudah kisah cinta ku yg lalu....kisah cintaku yg sekarang....ooppssss biarlah mnjadi rahsia hati ku...semuga keluarga ku bahagia hingga ke nafas yg terakhir....Amin