Amalan bulan sya’ban
Ogos 16, 2007 oleh khairole
Amalan bulan sya’ban
1- Tegakkan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam pada malam 1 sya’ban. Dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah fatihah surah al-ikhlas 5 kali. Semoga diampunkan dosa-dosa kita.
2- Berpuasa 3 hari awal,3 hari pertengahan dan 3 hari akhir pada bulan sya’ban. Allah mencatitkan pahala 70 nabi. Diwaktu hampir berbuaka puasa hendaklah memperbanyakan selawat dan zikir.
3- Tunaikan solat-solat sunat,berpuasa,membaca al-quran,berzikir,bertasbih,berselawat,beristigfar dan memohon keampunan dua ibubapa tiap-tiap hari.
4- Pada malam nisfu sya’ban (malam 15 sya’ban) hendaklah beribadat pada malamnya dan berpuasa pada siangnya. Laksanakan pada malam nisfu syaa’ban iaitu. : sesudah solat fardhu maghrib dan sunat ba’diahnya, bacalah surah yasin 3 kali.Pada bacaan y ang pertama niatkan untuk memohon panjang umur daalam kesihatan yang baik dan kuat beribadat dalam mentaati Allah. Pada bacaan ke-2 niatkan untuk memohon dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati. Pada bacaan ke-3 pohon tetapkan iman dan pohon matikan dalam iman (husnulkhatimah) serta mohon jauhkan dari bala. Ubah suai dari Sumber Masjid Jamek Pekan Kajang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan