ASSALAMUAILAIKUM.....
Dalam kehidupan yang penuh panca roba ini, mata kita selalu melihat pelbagai kesilapan yang dilakukan dari ramai orang dan juga diri sendiri, namun ada di antara kita sering menggunakan kata sendiri untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman pada orang lain tanpa berfikir panjang......
Adakah ia betul, atau adakah ia salah, atau sebenarnya kita mengulangi kesilapan yang sama
Jangan sesekali kamu mengulangi kesilapan yang sama iaitu yang telah dilakukan oleh teman mahupun diri kita sendiri lakukan, cuba fikirkan, layakkah kita mengadili mengadili kesalahan seseorang itu dengan menjatuhkan hukuman sesuka hati dan berlaku kejam kepada orang tersebut, ketahuilah sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala galanya, biarlah ALLAH sahaja yang mengadili segala galanya sebaik baiknya.....
Namun jika kita melihat ada para sahabat kita, saudara seislam dalam keadaan tidak baik, dan diperlakukan kurang sopan dan biadap, takkan kita sanggup memejam mata menutup telinga dari membantu mereka, pertahankanlah dia jika dia di pihak yang benar dan nasihatkan dia jika dia di pihak yang salah...Cuba kita fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, cuba gunakan cara yang lembut untuk berbincang dan cara yang rasional selaras dengan agama islam untuk perkara tersebut, pendek kata kaunseling....Namun jika situasi itu amat parah, rasanya baik kita menggunakan cara kekerasan setelah tiada lagi pilihan lain, ini mungkin kerana beliau atau mereka tidak mahu mengendahkan kata dan nasihat kita.....
Ketahuilah ALLAH menjadikan manusia itu bukan untuk perkara yang sia sia, melainkan tidak lain tidak bukan untuk menyembah dan beribadah kepadaNYA.....Lantas ALLAH menyempurnakan kita dengan jasad, akal , dan hati kedalam diri manusia, untuk apa?
Supaya mereka berfikir dan memahami perasaan antara satu sama lain, dan mempermudahkan kegiatan dan amalan dalam hidup mereka, bukan sebagai alat untuk meperlakukan perkara yang buruk kepada orang lain atau diri sendiri....
Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri, sesungguhnya manuisa tidak lari dari melakukan kesilapan walau sekecil kecil sehingga sebesar besar kesilapan itu....
Akhir kata, janganlah kita manusia mengadili seseorang yang melakukan kesilapan itu sesuka hati, jangan membabi buta, selidik dulu satu persatu sebelum menjatuhkan hukuman, dan kenapa dia melakukan kesalahan tersebut, yang salah tetap salah, dan salahnya pasti dibalas dengan balasan yang setimpal, namun jika ada penyelesaian yang lebih baik dari bertengkar daan bergaduh, ia lebih bagus bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini......
Jadikan jasad dan akal sebagai perisai,
Ilmu dan agama sebagai panduan,
Insyallah setiap perkara akan bermula,
Dengan baik dan berakhir dengan baik.....
WASSALAM
Insyallah setiap perkara akan bermula,
Dengan baik dan berakhir dengan baik.....
WASSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan