Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Isnin, 14 Januari 2013

Sekin Resort



Sekin Hotel & Resort

 Berehat di Sekin Resort. Lokasinya Kampung Nelayan Sekinchan. Ownernya sama dengan owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dalam Resort ni pun ada restoran tu.. makan memang puas hati. Resort ni baru beroperasi 2 bulan. Dia ada keluar Kosmo. Tu yang boleh tau tu.. Sapa kaki pancing boleh la try.. sebab ada kolam pancing yang penuh dgn ikan talapia merah & baung (kalau tak silap).. ikan yang di pancing tak tau la pulak leh dimasak kt situ atau tidak.
Menara Tinjau

Kalau tgk sekeliling resort ni mmg agak tak teratur. sebab byk lg blok & bilik masih dlm pembinaan. surau, swimming pool, pusat spa, dewan, tempat jet ski semua masih dlm pembinaan.. so, next 1-2 years kena mai lagi la.. mcm best ja.. kat belakang resort ada pantai.. kat situ la nanti akan ada jet ski & spa. Menara pun ada. Boleh naik ambil gambar. :)



Bilik2 Sekin Resort
Salah satu tarikan resort ni restoran ikan bakarnya.. orang luar pun ramai yg datang mkn kat situ.. Dia buka dari pagi hingga 12 mlm.. Biasanya kita akan mkn mlm je kalau restoran ikan bakar lain.. tapi kat sini kita boleh mkn ikan bakar dari pagi sampai mlm. Pilih ikan & order je. ikan tu selain bakar, 3 rasa, goreng tepung, kita juga boleh order masak kari, gulai lemak, lemak cili api dll.. Menu lunch kami : kari sembilang + kailan ikan masin + sup sayur. dinner pulak : kerapu 3 rasa + ikan bakar + sotong grg tepung.. marvelous!

Tiada ulasan: