Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Jumaat, 29 Mac 2013

Masih ada waktu..jom cepat lakukan.



Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....    

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuat ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup behenti kerja utk menjaga ibunya....
dan akhir sekali, berapa ramai yg sembahyang JENAZAH ibunya..... 

Berbicara tentang ibu, subhanaAllah, hebatnya pengorbananmu ibu.  Tidak mampu kungkap dengan kata-kata. Begitulah seorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.
Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.

Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,

Bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?
Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?
Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?
Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?
Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?
Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?
Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?

Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!

(Apakata... selepas membaca  di blog ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika waktu masih mengizinkan untuk itu...)

Tiada ulasan: