Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Sabtu, 29 September 2012

coret-coret je..

salam..dh lme cuti drp mnjengok kt cni....almaklumlah dpt hp bru...sbuk mgodek hp...tq my hubby....sblum ni aku gne hp sony...rasanya dh hmpir 5th aku gne hp tu..aku syg je kt hp tu..mklum la hp mle2 gne yg agk canggih la skit...
tp...msalahnya sound hp tu dh rosak lak..cm dgr gn xdgr suara je..hubby aku sllu tnsn coz xdgr suara aku..
hermmmarini aku tingl sorg kt umah..dorang smua keje...nk msk xde org nk mkn..setakat aku mkn sorang...mkn roti pun dh ckp..hu hu..
pg2 lg mk mntua aku dh cll cite psl belanjawan kt aku...herm ...dhsyat gak mk ni..amek tau urusan kewangan...aku mls nk dgr smlm..trpakse tgu hubby aku blik..nk bce ppr..
ptg ni klo aku rajin nk wt kek coklat ...jp ag nk intai intai resepi..kek...klo kek tu jd aku post kt sni nt..tungguuuuu

Selasa, 25 September 2012

bicara hati



bicara hati utk mu @zolarli



pesan mama

istimewa buat anak ku




persoalan tanpa nokhtah..

salam...ketemu lagi coretan hari ini...
aku kdg2 tak faham..bila bicara dialam maya..lain bicaranya...bila brtemu lain pula caranya.....sedih teramat hati ini bila diperlakukan begini...inilah namanya lumrah alam yg dinamakan manusia.....
adakah pertemuan sesaat lebih bermakna drp bertemu saban hari????
bukan kah sepatutnya..semakin hari bersama semakin erat keakraban nya???
byk sungguh persoalan di sanubari ku yg tidak terjawab....
banyak persoalan yg kutunggu jawapan..aku pun tak pasti..
 

Ahad, 23 September 2012

runtun kalbu ku


untuk mu

salam..ketemu lg kt sini arini..
arini aku masak ikan siakap sweet sour je...nthla..npe rse cam xde selera je...bad mood kot...sesuatu g berlaku btul2 meruntun jiwa aku..menitis airmata jernih ni...kau selalu berkorban untuknya....
aku sentiasa berdoa utknya..tp..setiap perbuatan yg baikTUHAN telah janjikan balasan yg berlipat kali ganda untuknya..
terimakasih buat mu..####

Sabtu, 22 September 2012

Bayi Merengek Kesakitan Kerana Bersisik

Bayi Merengek Kesakitan Kerana Bersisik

Betol-betol Hangat! Simpan 30 sen sebulan tunai haji

Betol-betol Hangat! Simpan 30 sen sebulan tunai haji

Tenang dalam kehambaan


salam...morning....kelakar pulak rasanya aku ni...dulu aku puas cari gadget cmne nk msk kn lagu dlm blog...d dpt n ok dh..pening pulak aku...asyik menyanyi je...nk menulis pun xconcentred....last2 aku delete je ...ha..baru tenang aku nk melayari entry ni...tu la ..org buat aku pun nak ikut....umo cm aku ni mne lah suka bising2....
Kata nk mencari ketenangan...ini tidak...kebingitan lak yg aku dpt...hu  hu
Tapi kini tak lg...aku akn mncari dn menjelajah mencari ketenangan dalam kehambaan..

Khamis, 20 September 2012

Apam tepung beras

ha..ini kueh org dulu2..or untuk org yg dh xde  gigi..budak2 budak pun suka kuih ni..leh la cuba buat..coz xyah nk guna tapai...kdg2 ada org allergik ble mkn tapai...jom cuba


Bahan-bahan:- 

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan garam

happy dpt entry gadget baru

salam..ketemu lagi kat sini hari ini....arrgggggggg...happy sungguh aku....dimana aku berjaya add the gadget kat blog aku...akhirnya aku berjaya juga setelah puas aku mencari...betul la kata pepatah...usaha itu tangga kejayaan...walau pun aku ni 1/2 celik IT....heeeehappynya..yess

Selasa, 18 September 2012

Tomyam segera..

ha...tadi dh siap buat bergedil..ish..xkn nk makan nasi gn bergedil jer...tercekik lah korang semua..abh jem semua mesin kt imuno dn biokem tu...xpe ma tambah kan dgn tomyam campak..mama klo buat tomyam main campak jer..mama xsuka guna pest yg dh siap tu..mama buat bahan tumisan nya sendiri...nk tau tak?
ni la dia tomyam ayam campak
1 inci halia
1 inci lengkuas
4bj cili api
1bj bawang besar
2ulas bawang putih
<semua bahan diatas ditumbuk>
tumis 2 btg serai
masukan bahan yg ditumbuk
masukan cili mesin..
tumis hingga garing
masukan buah tomato bersama ayam.
masak hingga ayam kecut.
tambahkan air.asam keping,garam
biar hingga mendidih..
mama tak masukan sayur,,coz anak dara mama ni tak makan sayur...mama  pun tak leh makan sayur berlebihan juga..nt sakit semua tulang2...cukuplah menu untuk along n members hari ini.

bergedil ayam...menu hari ini

salam..ketemu lagi...pening nk msk apa hari ini...yang mama tau nk buat bergedil ayam...sian member alng ...siap order lg...nk mkn bergedil...xpe...mama mmg rajin msk...ha tgk bergedil ni...terliur tak????eeeeeeeeair liur smpy meleleh kt lab kot tu.....
ha ni lah die bergedil ayam special untuk along,sara ,mira....pd yg tak disebut nama maaf yer..hantam jer ni...hu hu
tapi xkan nak mkn bergedil gn nasi jer...eh lupa lak nk share resepi..
4 biji kentang direbus hingga lembut
1 labu bawang besar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
isi ayam dicincang halus
sedikit garam dan lada putih
cara...
lenyek semua bahan dan dikepal seperti diatas..
celopkan adunan dlm telur
dan goreng...



Isnin, 17 September 2012

Puding Trifle

salam...ketemu lg dlm bicara selera hari ini...akhirnya aku berjay a mendapatkan resepi puding ni..enak sungguh  rasanya...aritu pg open house umh member dia bagi hadiah utk bwe balik..nk tanya resepi segan..coz die ni lain macam sikit...hsband aku suka pulak tu mkn desert ni...arrgg..tak sabar nak cuba buat...
Puding Trifle

Bahan

Swiss roll

1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Quote:

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga


Jumaat, 14 September 2012

puding coklat


assallamualaikum....hish...sedap sungguh nmpaknya puding ni...cubalah buat..mesti hb gn ank2 aku suka..
Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 1/2  cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

Sos Kastard selepas dimasak. Sedaappp!

kek coklat kukus tanpa telur

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
by : DayangJack@DapurKu SaYang



bahan A :
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
bahan B :
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
  • 2 cawan susu cair/susu segar
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
  • 1/4 sudu kecil atau secubit garam
bahan C :
  • 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya. 
  2. Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  4. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
  6. Tutupkan loyang dengan kertas foil.
  7. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  8. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
  9. Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
  • kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
  • kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
  • kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

puding roti karamel

puding roti karamel
assallammualaikum...cuba tgk pic kt atas tu..nyummy...nyummy...petang semalam aku try buat puding ni...untuk berbuka puasa..alhamdulillah jadi...ok lah..resepinya cam sama gn puding telur karamel,cuma ditambah roti dan kurangkan telur...
thanks kat @Kak nor secubit garam..resepi ni amek dari die... hsband aku pun suka makannya...

Rabu, 12 September 2012

akulah kekasih mu


memory indah ni sukar untk ditafsirkan..teringat ketika aku berdating suatu ketika dulu...kini anak 2 ku semua dh meningkat remaja...klo dulu tika berdating kita sering membincangkan masa depan kita berdua..
tapi kini kita dah berubah topik...topik masa depan ank2 pula..inilah pusingan hidup namanya..alhamdulillah..walaupun usia pekahwinan ku mencecah 24 tahun..aku bersyukur kehadrat ilahi,rumahtangga ku bahagia...ala setakat gaduh2 kecil tu adalah..sedangkan lidah lg tergigit ,inikan pula hubungan suamiisteri..
terimakasih zolarli mohd zaini...tanpa mu siapalah aku..
apatah lagi aku hanya tinggal sebatang kara,ayah dan ibu ku telah pergi mengadap ilahi...namun terdetik juga dalam hatiku ingin mencari keluarga ku yg sebenar...tp apakan daya...mungkin hanya aku yg mengingati mereka..tapi tidak mereka..mungkin mereka semua telah melupakan aku terus...ALLAHhualam...hanya TUHAN yang mengetahui..walau apa pun aku sentiasa memanjatkan doa buat mereka agar suatu hari nanti,hati mereka terbuka untuk mencari aku di wangsa maju..harapan ku.. 

Sabtu, 8 September 2012

lebai ewan

aduyai....ni anak buah aku yang lebai dan tak lebai...aku pun xtau..nth kne sakit apa agaknya si ewan ni...kuar je dr bilik terus pakai serban...ok la tu ada cita2 nak jd lebai...jangan jd lebai malang dah lah...dah besar panjang anak buah aku ni..makin besar makin handsom...sikit hari lagi ramailah awek datang mengorat ni...

my special chicken chop

yummy...yummy....cedapnya....malam tadi aku buat chicken chop special....almaklumlah anak aku eqin dah nak balik sabah esok...cdihnye...xpe aku redha coz,,,demi masa depan nya...malam tadi 4am aku dah bangun...masak kan bekalan untk adik,,,hu hu naik flight bawa bekalan...kelakar gak kan..lantakla situ..dah anak aku nak makan..
aku masak kan ayam sambal,telur dadar gn karipap goreng...jimat gak belanja untuk hari ini...seawal 6.30 am aku dah kuar rumah nak anta adik ke klia...sampai klia...aku sempat berborak dgn.***********alhamdulillah...mudahan niat yang baik akan diredhai ALLAH..opppssssss...xleh cite panjang kat sini...secret lagi dong..

Rabu, 5 September 2012

jauh disudut hati

semakin hari semakin jauh...
jauh hilang...entah dimana....jauh disudut hatiku,aku tak suka dengan apa yang berlaku....tapi apakan daya ku...aku hanya insan biasa yang tak mampu untuk meneroka semua naluri insan2 ini....aku hanya mampu berdoa semuga TUHAN membuka hati2 mu...untuk bertaut kembali...adakah hanya aku yg merasa kehilangan itu...aku tahu semua merasa...tapi dengan sifat ego yang ada semua dibekukan ibarat membuat ketulan ais...beku apabila sejuk..dan cair apabila disinari cahaya...
hati selalu berkata-kata...senyuman tak seindah bicara...hanya kepuraan belaka...sampai bila...dan bila?????
aku tahu dimana letaknya diriku dipandangan kalian semua...kenapa rezeki aku orang lain yang kena tetapkan??bukan kah rezeki datangnya dari usaha..dgn berkat TUHAN yg Maha Esa....walau aku susah...namun aku bahagia disamping insan2 yang menyayangi ku...syukur masih ada insan yang memahami aku yang kerdil ini...tau tak..aku rindu dengan susana harmoni dr kalian semua...tapi kini hanya kenangan yang aku tak pasti...apakah patut aku simpan dihati....puas ku pujuk hati ini...entah lah...kalau ikutkan hati...mati...tp tak la...aku sampai nak bunuh diri kerana ini....aku mesti pasrah dengan apa yang berlaku....mudahan disebalik kejadian  ini ada hikmah yang terbaik buat ku...ku mohon pada MU ya ALLAH...kau eratkan lah kembali hubungan yang suram ini diantara kami semua...hanya pada Mu ku berserah...AMIN

mandi manda sungai tekala

tak habis lagi dengan suasana hari raya....aku sibuk pula melayan kerenah si adam  nak  mandi  air terjun...orang sibuk beraya...kami semua sibuk lak  g mandi manda...hish melayan kerenah anak2 buah....
aish....dalam hutan pun sempat gak die  nak  tipon....pening aku...spe lah  agaknya  yg die cll  tu....xpe...aku  redha  je....

ha inilah si adam ni...pagi2 lagi dah  terjun....xsabar    betul  die ni  kulit  buaya kot...pandai die pujuk paklong ajak g sungai tuala  (sungai tekala)ha ha..aku pun terikut-ikut ckp si adam ni...sg tuala...
...

walau hati terluka..inilah pengubatnya

happy birthday umie,lia dan yaya @ ogos

ini kek utk ewan,azam,makngah dn eqin @ oktober

ha ini yang paling best...operasi potong kek...disebabkan kami sekeluarga jarang  bertemu...untk bersukaria...maka  harijadi pun disambut bersama dlm satu waktu...walau makanan dan tempat tidak segah mana..tapi kami semua gembira...tq nurul assyiqin....ini semua idea die....tq juga kat eqin yg support kek suki...erm...yummy2 sekali,dan kek yg lagi satu tu makngah sponsor...timakasih juga kat amir yg sponsor KFC .mudahan kalian semua dimurah rezeki...lain harijadi kita leh sambut lg...heh...situdung merah ni entah mana2 pandangnya..sibuk dgn si aiz tu....maklang lak sibuk  tayang hp..tau la hp awk tu mahal....jgn marah beb...gurau je...
nak tau tak...yang pakai t-shirt hitam tu...insyaALLAH bakal menjadi salah seorang ahli keluarga aku...cuba teka yg mana satu ek..

sweet memory

ini baru praktis jer...nth kemana pandangnya laki aku ni....penat aku menyusun kata2....leh die pandang kelain lak..

ha..nilah baru betul...saat2 yg meruntum jiwa dan lara...memohon ampun  dan maaf dipagi hari raya..nth kenapa  suasana  raya taun ni..tidak seindah raya semalam.....sedih hati tidak terkata.....xpe..aku anggap ini semua dugaan hati nan lara...tapi walau apa pun aku bahagia bersama orang2 yang masih menyayangi aku sekeluarga...

renungan jer..

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

PANDUAN KEHIDUPAN INSAN: 21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri

PANDUAN KEHIDUPAN INSAN: 21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri: 1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 2. Jika berpisah lebih dari sehari...

solat sunat dhuha


Tahukan anda Solat Sunat DHUHA adalah satu amalan berbentuk sedekah?

--------------------------------------------------------------------------

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

biskut raya 2012 yg enak

biskut sarang semut
ini namanya biskut sarang semut...sedap dimakan..tapi amat rumit membuatnya...nasib baik ada @Nurul assyiqin..membantu...


biskut cornflakes madu
herm......cdap biskut ni..tp buatnya rumit....paling  tension...bila dia xmau melekat ...habis berterabur semua...jawabnya jd cam  keropok la...