Demi semua yang aku jalani bersamamu,aku akan mencintai mu,menjaga mu selama hayat ku,ku akan setia di sisi menemanimu

Jumaat, 1 Februari 2013

kenapa nak ikut hati??



Pernah dengar atau baca kat mana-mana? Mesti pernah kan, sejak dari bangku sekolah lagi kita diajar macam tu. Cikgu-cikgu kita akan dedahkan kita dengan macam-macam peribahasa yang ade macam-macam maksud.

Nape kalau ikut hati mati? Sebab hati kita ni kadang-kadang dikuasai nafsu. Ape yang akan dipengaruhi bila ikut hati? Keputusan yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan kalau keputusan tu keputusan yang sangat penting, melibatkan masa depan kita pulak, kalau kita buat ikut hati, tanpa fikirkan guna akal, bayangkan penghujungnya nanti macam mana pulak~

Perempuan.

Kenapa kalau masa uzur suka ikut hati? Ops, takleh eh bincang kat sini? Boleh je kan? Panduan untuk semua, tak kira yang baca ni perempuan atau lelaki. Orang kata, perempuan kalau masa uzur sangat sensitif, kadang-kadang rasa nak mengamuk aje, tengok benda tak betul sikit rasa cam nak melenting, lepas tu menangis sorang-sorang. Tapi ade tak yang fikir, nape lah nak marah sangat sampai camtu sekali, takde maknanyeee... 

Kadang-kadang masa tu lah nak kene putuskan sesuatu. Dengan hati yang tengah kacau-bilau tu, jaga-jagalah dengan keputusan yang tak masuk akal, sebab bila da ok nanti mesti rasa menyesal, lepas tu da takleh patah balik. Malu sendiri.

Jadi tak kira perempuan atau lelaki, masa uzur atau tak uzur, jangan buat keputusan ikut hati, tapi tanyalah iman dalam dada!

Tiada ulasan: